Monday, May 4, 2009

Kesungguhan membuahkan kejayaan

Tahniah ! ayah ucapkan buat Afif dan kumpulan atas kejayaan memenangi Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Daerah Kota Kinabalu dan juga peringkat Gabungan Kota Kinabalu seterusnya akan bertandingan di peringkat Negeri. Allah doakan moga Afif berjaya ke peringkat Kebangsaan.

Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Orang Arab kata" Man Jadda Wa Jada " Sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan jemu pasti akan mencapai kejayaan. Apa pun usaha yang kita lakukan, jangan lupa berdoa pada Allah agar setiap usaha kita dimudahkan dan diredhai Allah. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan segala-galanya.

Ayah amat berbangga di atas usaha Afif menjalani latihan. Kadang-kadang sampai 10 malam. Pesanan ayah, jangan lupa dengan ulangkaji pelajaran. Mesti bijak mengagihkan masa. Moga Afif juga akan mencapai kecemerlangan dalam PMR 2009 ini.

Wednesday, April 20, 2005

Perkara-perkara yang perlu diamalkan……..

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulaman
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imagenasi otak.
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet

dan yang paling penting ……..

  • Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita maka hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH ( berdoa ) dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa berdekah-dekah. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia… Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Monday, April 18, 2005

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda……..


  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Friday, April 15, 2005

Ketabahan Membuahkan Kebahagiaan

Assalamualaikum, Anak-anak ku !

Pada tahun 1985 ketika ayah belajar di Kolej Islam Kelang ( Kolej Islam Sultan Azlan Syah ) ... ayah mengambil 3 jenis peperiksaan sekaligus... wah hebat kan... tak pernah dibuat orang pada ketika itu... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama ... kedua2nya di Kolej Islam... Sijil 4 Thanawi pula di Maktab Mahmud, Alor Setar secara PJJ la kalau la ni...

Alhamdulillah, berkat keikhlasan menuntut ilmu kerana Allah, berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir. Wah ! alangkah gembiranya hati tak tercerita... tak sabar nak balik kampung cerita kat Tok Wan Hashim dan Tok Jah.... Kata Wan hashim " Ayah sangat gembira di atas kejayaan anak ayah... tapi ayah tak ada duit untuk perbelanjaan belajar di Universiti nanti... kalau nak pergi juga ikhtiarlah sendiri " Ayah tau, tok wan memang orang yang tidak berharta... tinggal pun di rumah setinggan sahaja sehingga hari ini... Tok Wan hashim buat kerja macam2 untuk mencari rezeqi untuk keluarga... Tok Wan pernah keja penjual ikan, penjual ais krim, peniaga barang runcit, penternak ayam daging.... buruh membuat batu bata kekal sampai sekarang di usia 60 tahun.

Para sahabat jemaah Masjid Kota Sarang Semut banyak memberi tunjuk ajar pada ayah.... Itulah pentingnya bersahabat. Ayah berusaha mendapatkan bantuan kewangan dari Koperasi Shamelin tetapi gagal.... mohon pula dengan Yayasan Datuk Syed Kechik... gagal juga.... mohon pula Zakat.... aduh banyak betul kerenahnya... nak geran tanah la... nak penjamin pegawai kerajaan... sehingga ayah bertekak dengan pegawai pejabat zakat tersebut... akhir diluluskan... itupun pinjaman RM 1600.000 dapatlah ayah gunakan untuk membeli tiket penerbangan... mohon pula Yayasan Islam Negeri Kedah... Alhamdulillah berjaya....

Disember 1985, kali pertama ayah menaiki kapalterbang MAS dan Jordan Airlines.... selamat sampai di bumi anbiya untuk mencari ilmu Allah Taala di Kuliah Usuluddin...


Inilah asrama ketiga di alam pelajar. Pertama ayah pernah tinggal di rumah sewa ketika belajar di Maktab Mahmud, Alor Setar. Waktu tu ayah di tingkatan 4. Lepas SPM ayah sambung belajar di Kolej Islam, Kelang. Kehidupan di asrama K.I.K lebih mencabar.... semuanya berjadual... rindu kat mak dan ayah la... basuh baju sendiri, air tak cukup... kadang-kadang tu sedang sabun badan.. air habis... apa lagi berjalan pegi masjid dengan badan berbuih sabun.. mandi la apa lagi.. nasib masjid dekat.

Kini ayah tinggal di Asrama Pelajar Melayu Kaherah... semuanya menjadi senang dan beres walaupun berjauhan dengan keluarga. langsung tiada peluang nak balik ziarah keluarga. Mafish Fulus (takda duit). Kat K.I.K dulu boleh juga balik ketika cuti penggal.






Rindu kat keluarga katakan. Apa lagi, jalan-jalan la. Pi rumah orang Arab. Tambah kemahiran berbahasa. Belajar cara hidup depa. Makan cara depa.. Hai, teringin pula aku nak makan 'Aish Baladi' ai sedapnya. Kat Malaysia macam roti pita la tapi 'Aish Baladi' sedap lagi kena dengan Tokmiah ka.. meleleh air liur la..






Nibukan Gunung Kinabalu la. Ni dekat Lembu Assamiri. Ingat tak cerita kisah Nabi Musa dengan pengikutnya di Tur Sina. Ketika nabi Musa pergi bermunajat, sorang pengikutnya Assamiri buat patung lembu dan sembah sebagai tuhan. Dia kata Nabi Musa bohong, pi tak balik-balik. Ramai juga pengikut dia. Sory la gambar lembu Assamiri hilang dari simpanan. Nak tengok ka, belajar la rajin-rajin. Nanti boleh pi free.




Ni pula puncak Tur Sina. Alah, gambar tempat Nabi Musa bermunajat tu hilang la... Sejuk tau... cakap pun keluar asap... nak ambik wuduk, alamak tayammum je la nak solat Subuh. Kami mendaki selepas Solat Maghrib. Masya Allah, tabahnya Nabi Musa... Langsung takda pokok-pokok, batu semata-mata macam puncak Kinabalu tu.. Kelihatan batu-batu bertaburan kerana Nabi Musa nak lihat Allah... Ayah dan kawan-kawan dari Melaka, Johor, Kedah ambik air bekalan nak turun pulang. Kurang dah sejuk dah hampir tengahari.


Itulah hikmah tekun di dalam pelajaran. Dapat melihat kehebatan ciptaan Allah di negara orang. kalau nak melancong banyak lagi duit diperlukan. Menyelam sambil minum air.

Wahai, anak-anak ku yang dirahmati Allah!

Mungkin Nur Habibah, Mohd Afif, Alauddin dan Muhd Anas menganggap ayah ni kedekut... semuanya kena kongsi... dari barang mainan sampai ke buku rujukan, kamus, komputer, basikal dan sebagainya... sebenarnya ayah berhasrat untuk mendidik anak-anak ayah pentingnya toleransi sesama keluarga. sekali sekala perlu merasai betapa peritnya orang2 miskin untuk belajar dalam serba kekurangan maka lahirlah perasaan prihatin sesama insan. Wang belanja sekolah yang sedikit untuk mendidik anak-anak agar tabah dan kental hati. Kadang-kadang ayah mensyaratkan membuat sesuatu tugasan untuk mendapatkan sesuatu permintaan. Belajarlah membuat tabungan demi masa hadapan anda. Sesungguhnya perjalanan kehidupan anda masih jauh dan dipenuhi berbagai cabaran yang lebih hebat lagi dari zaman ayah. Tidak ada sesuatu di dunia ini boleh diperolehi dengan mudah.


Thursday, March 10, 2005

Ketegasan Membawa Kejayaan

Wahai anakku sayang !

Ayah dilahirkan oleh sepasang suami isteri yang buta huruf. Ayahku (wan hashim) hanya pandai menulis namanya sendiri saja... itu pun berkali-kali dibuat latihan kerana seringkali cikgu suruh tandatangan di buku rekod kemajuan... Ibuku (tok jah) langsung tidak boleh menulis.... Persamaan kedua-duanya mahir membaca al-quran dan tegas dalam mendidik ku.....

Buku latihan sering diperiksa setiap hari walaupun pulang lewat malam dari kerja.... Apa yang pasti, ayah akan menerima hukuman jika mukasurat buku latihan tidak bertambah....

Kenangan yang tak dapat dilupakan, ayah dirotan dari rumah sampai ke sekolah kerana ponteng.... Pelepah kelapa adalah rotan semulajadi ketika itu... sampai hancur... ayah dibelasahnya.... Tok Jah lah kaunselor yang sangat berjaya buat diri ayah....

Berkat keprihatinan ibu (tok Jah) dan ayah (wan hashim) akhirnya ayah berjaya mendapat nombor satu ketika darjah enam, pangkat A dalam SRP, pangkat 1 dalam SPM sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan akhirnya ke Universiti al-Azhar.

Wahai, anakku sayang !

Mana ada ibubapa yang mahu anaknya gagal dan kecewa dalam hidup. Setiap leteran dan pot pet ibu dan ayah adalah tanda sayangnya terhadap anak. Semuanya adalah satu bimbingan untuk kejayaan anak dimasa depan. memanglah ketika kecil kita sangat2 benci dengan potpet ibu dan ayah. Tapi.... percayalah wahai anakku, dulu ayah pun begitu..... Kini ayah rasa sangat bertuah mempunyai ibubapa(Tok Jah dan Wan Hashim) ......